Mungkinkah ini sedang berlaku dalam syarikat anda sekarang?
✗ Tuding Jari: Sentiasa menyalahkan jabatan lain apabila berlaku kesilapan.
✗ Komunikasi Gagal: Arahan pihak pengurusan disalah erti atau diabaikan sepenuhnya.
✗ Motivasi Rendah: Pekerja buat kerja "asal siap" tanpa rasa tanggungjawab bersama.
Jika jawapannya YA, aktiviti riadah biasa tidak akan menyelesaikan masalah ini. Anda memerlukan rombakan budaya kerja.
Minta Konsultasi PercumaRamai majikan melabur ribuan ringgit untuk team building berbentuk percutian. Selepas balik ke pejabat, pekerja gembira selama seminggu, kemudian konflik lama kembali berulang.
Kini tiba masanya untuk pelaburan yang membuahkan hasil nyata. Memperkenalkan program Building High Performance Team. Dibangunkan berasaskan pengalaman korporat lebih 30 tahun, kami memfokuskan kepada perubahan psikologi, pemecahan ego, dan penyelarasan matlamat syarikat.
Bagaimana kami mentransformasi organisasi anda dalam masa 2-3 hari.
Aktiviti simulasi korporat yang memaksa setiap jabatan berkolaborasi secara kritikal. Mereka akan sedar bahawa kejayaan syarikat mustahil dicapai tanpa sokongan silang jabatan.
Membantu kakitangan beralih daripada mentaliti "Ini bukan kerja saya" kepada "Bagaimana saya boleh bantu capai sasaran syarikat?".
Komunikasi telus dibina. Peserta diajar mengendalikan konflik secara profesional tanpa melibatkan emosi atau "politik pejabat".
Bukan sekadar teori. Di akhir program, setiap kumpulan mesti membentangkan 'Pelan Tindakan' praktikal yang akan mereka laksanakan di pejabat esok hari.
Apa kata pelanggan korporat yang telah melalui modul High Performance Team ini.
"Sangat berbeza dengan team building yang pernah kami hadiri sebelum ini. Tiada aktiviti membuang masa. Modul ini betul-betul 'menembak' masalah konflik dalaman antara team operasi dan admin kami. Produktiviti meningkat drastik!"
Pengurus Sumber Manusia, Syarikat O&G (Miri)
"Penyampaian Master Trainer sangat tajam dan profesional. Berbekalkan pengalaman korporat yang luas, beliau berjaya membuka mata staf kami tentang kepentingan menyingkirkan ego demi kelangsungan jabatan."
Pengarah Operasi, Agensi Korporat (Kuching)
"Pelaburan latihan yang paling berbaloi tahun ini. Pasukan yang dulunya bekerja dalam 'silo' kini secara proaktif membantu satu sama lain. Pelan tindakan yang dibuat semasa kem betul-betul dipraktikkan di pejabat."
Ketua Pegawai Eksekutif, PKS (Bintulu)
Hubungi kami hari ini untuk Analisis Keperluan Latihan (TNA) bagi mengenalpasti tahap kesihatan organisasi anda.
100% HRD Corp Claimable.
Respons pantas dijamin pada waktu bekerja.